Search This Blog

Saturday, October 15, 2011

AKU DIAM

                                                                                                
Aku diam,Terkenang...
Bunyi yang paling tepat untuk telinga aku saat ini ialah diam.
Diam yang aku hampir boleh mendengar mindaku berfikir.
Baik dan tak baik.
mengadap tingkap dan mentafsirkn lelangit subuh.
Gelap.

Aku diam lagi.
Dengan rasa yang kosong.
Soalan demi soalan,
ragu menghulurkan jawapan

Mengenang diri, pahit, manis dan hukuman.
Hidupku atas ketentuanNya
Banyak yang belum aku lewati dalam hidup ini,
sementara hari bersilih ganti dengan malam yang lewat.
Dugaan dan kesejahteraan datang dan pergi setiap hari.
Aku masih kecil,masih hidup menjadi aku.
Tidak berubah.

Mungkin benar, aku atau Aku
sedang hidup di dalam kehidupan yang sedang mengubah
Sejarahnya.

ZIZIeZAINAL
4.07 a.m
21/9/2011 AD (Rabu) = 22/Syawal/1432 AH

disitu istana ku

Ada sudut berbaki,
Sempit,jauh, disitulah yg kugelar ISTANA.
Tempat ku melabuhkan rasa.
Akhirnya aku berada juga didlmnya.
Dalam segengam,secubit itulah aku,
Dalam sedepa,sejengkal itulah aku,
Hebat kurasa walaupun besar sebutir pasir,
Ku gambar sebidang tanah tiada hujungnya.
Cukup membuat aku kenyang dan lena.

Memang aku bukan yg sulung,
Sungguh mustahil  aku menjadi yg sulung,
Kerana disitu tempat tepahat kemas ukiran agung
Seorang yg selayaknya dilukis dan bukan aku,
Tak mungkin aku.
Teringin hati ini menjadi yg pertama,
Tapi apakan daya siapa aku mahu dinobat sebegitu?
Hanya berharap senada ikhlas ungkapan keramat
Dari si hawa agar berbalas kasih si adam.

Berbilang purnama 48 bnyaknya,
Aku mencari baki 1 dari 2 pintu yg ingin ku buka,
Tiada berjawab,tidak terbuka.
Bejalan aku diatas mimpi dan angan,
Seketika bersila mengambil tempat selayaknya
Untuk orang yg kugelar aku berada.
Menanam impian si luncai,
Untuk menawan puncak hati si hawa,
Sbelum pulang kepada satu yg tiada duanya.

ZIZIeZAINAL
03.40 a.m
15/10/2011 AD (sabtu)

Tuesday, August 30, 2011

salam dunia


Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu

Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/m_nasir/salam_dunia.html 

Monday, July 4, 2011

chinese stamp

Archidex trip

tourist from philiphinos
lengang dari kelana jaya
grafiti a.k.a mural at sg.klang

huh..ferari ingt aku minat ngn ferari
bergmbr le la..
bole ke isap okok ke kt dpn KLCC nie
maklumla KL kn da de zon2 largan merokok

jam 4.30 ptg baru kami dpt mkn tgh ari...adui lapar sgt2
nasi kendur taruk ayam arghhh terbaek tp nsi skit

eddie kamil btol2 menghayati
ade awek!!!

wah ramai tu...
jom blik penat nie mate ngntok...
            
pasar seni ade sejarah aku bersma kwn2 ktsini

3rd ANAVASARY

Alhamdulillah....
Diam tak diam genap da 3 thun umur blog aku
Hope rmi lg follower & geng2
Le sme2 rasa & kongsi nikmat seni dr DIA
Aku bknla pembri Hidayah
Hnya pelksana sbgi khalifah
sekdr mmpu mencoret lakrn
Berupa pringatn n kesdaran
Agar kta betambh iman
Dan brubh ke arah kebaikan
Walau semngat n jiwa jihad korg nnti lbih hebat dr aku
Sbb itu yg menjadikan aku dan korg
sebagai hambaNya...

Sebaris cerita tak sehebat Kalam Pusaka
Puisi sempurna,intinya dari pemunya
Hikayat Agung turun-menurun
Coretan sumbing dr hamba yg sempurna di mata
Nista disisi penciptaNya
Lembaran kisah hilaf anak muda mencari dunia
Antara noda dan nyata
Mencari cerita alam
Berkongsi karya yg tiada sudahnya…

ZIZIeZAINAL
4.04 a.m






Monday, June 20, 2011

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Sunday, May 22, 2011

hijrahku

MEI, kini ku berziarah di kotamu.
kota tempat tubuh-tubuh kecil menyabit mimpi,
pergilah APRIL yang lelah di gelisah waktu ini,
sejarah memulangkan segala ketiadaan.

di kota riuh ini,
adakah tawa yang lahir dari pertemuan,
atau tangis dari wajah yang hilang,
kota ini melahirkan kisah yang begitu panjang.

biarkan aku durhaka kepadaMU,
dengan terus menyebut namaMU,
dan terus bertanya apa yang hendak KAU
rencanakan?

telah KAU perlihatkan manusia,
dengan wajah yang menceritakan kisah,
seperti yang  KAU petakan destinasi,

perlukah aku berteka? atau tidak,
karena kedatangan ku bukan sebuah pertanyaan.

Kini…
aku berdiri di tanah lain,
di kota yang mulai luka,
tak melahirkan apa pun,
selain nama untuk mempertegas dirinya,
turut aku bersama meranduk,
demi rezeki, ihsanmu.

aku hanya ingin mencatat lembaran,
yang tak pernah hilang,
karena ia pernah mencipta kisah,
manusia yang sama seperti ku.

ZIZIeZAINAL
12.32am
12 mei 2011