Search This Blog

Saturday, October 15, 2011

disitu istana ku

Ada sudut berbaki,
Sempit,jauh, disitulah yg kugelar ISTANA.
Tempat ku melabuhkan rasa.
Akhirnya aku berada juga didlmnya.
Dalam segengam,secubit itulah aku,
Dalam sedepa,sejengkal itulah aku,
Hebat kurasa walaupun besar sebutir pasir,
Ku gambar sebidang tanah tiada hujungnya.
Cukup membuat aku kenyang dan lena.

Memang aku bukan yg sulung,
Sungguh mustahil  aku menjadi yg sulung,
Kerana disitu tempat tepahat kemas ukiran agung
Seorang yg selayaknya dilukis dan bukan aku,
Tak mungkin aku.
Teringin hati ini menjadi yg pertama,
Tapi apakan daya siapa aku mahu dinobat sebegitu?
Hanya berharap senada ikhlas ungkapan keramat
Dari si hawa agar berbalas kasih si adam.

Berbilang purnama 48 bnyaknya,
Aku mencari baki 1 dari 2 pintu yg ingin ku buka,
Tiada berjawab,tidak terbuka.
Bejalan aku diatas mimpi dan angan,
Seketika bersila mengambil tempat selayaknya
Untuk orang yg kugelar aku berada.
Menanam impian si luncai,
Untuk menawan puncak hati si hawa,
Sbelum pulang kepada satu yg tiada duanya.

ZIZIeZAINAL
03.40 a.m
15/10/2011 AD (sabtu)

No comments: