terima kasih kepada DIA yang maha pemurah lagi
maha penyayang yang agung lagi maha suci keatas kurnia anugerah-NYA,
tanpa rahmat-NYA siapalah aku didunia ini?mungkin ZIZI AZIZAN itu tiada,
mungkin ada tapi perjalanan seninya tidak sejauh ini.
andai seluruh nafasku dihembuskan dengan hanya memuji DIA, segala pujian itu cukup sekadar penghayatan sekali nukilan sebuah karya yang penuh perasaan dan agung.
batang tubuh yang dipanggil raga terhutang budi selamanya kepada bonda yang amat ku kasihi,
setiap titisan susu yang mengalir didalam tubuhku kalau hendak ku bayar dengan seluruh hayat ini masih tidak akan terlunas itupun tidak termasuk doa dan restunya.
pasakan keyakinan dari nenda sentiasa merangsangkan semangatku untuk belajar bersabar dalam mengutip erti kehidupan yang luas ini.
kata ayahanda bagaikan keramat yang menerangi sanubari,justeru menjadikan diri ini sanggup mengagahi medan halus puncak runcing menawan rahsia dan rasanya seni.
kepada kekasih hati,peranan kamu tidak terkata dalam melunaskan hatiku menjadi manusia yang menghargai hidup ini.
dari titik jadi garis lintang,
pusat utara selatan timur dan barat,
dunia riuh kerana penghuninya,
seni indah kerana pencipt-NYA.
anda semua sama penting dalam melagukan rentak anak seni ini....
terima kasih semua...
ZIZIeZAINAL
No comments:
Post a Comment