Search This Blog

Saturday, October 15, 2011

AKU DIAM

                                                                                                
Aku diam,Terkenang...
Bunyi yang paling tepat untuk telinga aku saat ini ialah diam.
Diam yang aku hampir boleh mendengar mindaku berfikir.
Baik dan tak baik.
mengadap tingkap dan mentafsirkn lelangit subuh.
Gelap.

Aku diam lagi.
Dengan rasa yang kosong.
Soalan demi soalan,
ragu menghulurkan jawapan

Mengenang diri, pahit, manis dan hukuman.
Hidupku atas ketentuanNya
Banyak yang belum aku lewati dalam hidup ini,
sementara hari bersilih ganti dengan malam yang lewat.
Dugaan dan kesejahteraan datang dan pergi setiap hari.
Aku masih kecil,masih hidup menjadi aku.
Tidak berubah.

Mungkin benar, aku atau Aku
sedang hidup di dalam kehidupan yang sedang mengubah
Sejarahnya.

ZIZIeZAINAL
4.07 a.m
21/9/2011 AD (Rabu) = 22/Syawal/1432 AH

disitu istana ku

Ada sudut berbaki,
Sempit,jauh, disitulah yg kugelar ISTANA.
Tempat ku melabuhkan rasa.
Akhirnya aku berada juga didlmnya.
Dalam segengam,secubit itulah aku,
Dalam sedepa,sejengkal itulah aku,
Hebat kurasa walaupun besar sebutir pasir,
Ku gambar sebidang tanah tiada hujungnya.
Cukup membuat aku kenyang dan lena.

Memang aku bukan yg sulung,
Sungguh mustahil  aku menjadi yg sulung,
Kerana disitu tempat tepahat kemas ukiran agung
Seorang yg selayaknya dilukis dan bukan aku,
Tak mungkin aku.
Teringin hati ini menjadi yg pertama,
Tapi apakan daya siapa aku mahu dinobat sebegitu?
Hanya berharap senada ikhlas ungkapan keramat
Dari si hawa agar berbalas kasih si adam.

Berbilang purnama 48 bnyaknya,
Aku mencari baki 1 dari 2 pintu yg ingin ku buka,
Tiada berjawab,tidak terbuka.
Bejalan aku diatas mimpi dan angan,
Seketika bersila mengambil tempat selayaknya
Untuk orang yg kugelar aku berada.
Menanam impian si luncai,
Untuk menawan puncak hati si hawa,
Sbelum pulang kepada satu yg tiada duanya.

ZIZIeZAINAL
03.40 a.m
15/10/2011 AD (sabtu)